Anak-anak atau anai-anai
Salam, hari ini saya ingin memulakan penceritaan tentang masalah yang saya sedang hadapi didalam membina insan anak-anak saya yang saya amat sayangi. Anak-anak sekarang tidak sama macam anak-anak sezaman dengan kita, tak tahulah di mana silapnya, terlebih atau terkurang di dalam proses mendidik anak-anak saya ini.
Apa segala yang mereka mahu serta apa sahaja yang kita mampu telah kita curahkan kepada mereka tetapi respon yang diterima balik amatlah negatif atau terlalu banyak sangat pemberontakkan dalam diri mereka.
Kawan mereka boleh buat kenapa mereka tak boleh? Itulah jawapan yang dilontarkan apabila kita mengatakan tidak kepada kehendak mereka. Saya dan isteri saya tidak pernah putus asa di dalam membentuk semula sikap mereka kepada yang lebih positif. Apa yang saya harapkan ialah mereka dapat mengerjakan solat tanpa dipaksa atau paksaan..... agak sukar.
Kami telah menghantar kepada beberapa pakar serta khemah ibadah agar mereka dapat sedikit hidayat atau ilmu untuk mereka merasakan keinsafan, tetapi hanya dapat bertahan kurang 2 minggu selepas setiap program. Satu yang saya amati, faktor kawan sebaya adalah memainkan peranan di dalam pembentukan peribadi mereka..........
Saya dan isteri sedang berusaha untukcuba memahami apa yang kurang atau terlebih yang telah kami isikan kepada proses pembentukan anak-anak kami. Tak tahu apa yang menyebabkan pemberontakkan..........anak-anak kami


0 Comments:
Post a Comment
<< Home