AZMAN YAHAYA

Wednesday, November 19, 2008

Keluarga saya


Dari kiri Isteri yang saya sayangi Wan Roslilah Abas, bonda Jamaliah Mohammad, anak bungsu saya Izzul Idlan, anak kedua Isyraq Izzat, saya Azman Yahaya, anak ketiga saya Isyraf Imran dan anak sulung saya Qistina Qaidah.

Labels:

Solat Camp

Hari Ahad 16 November 2008 hingga 20 November 2008, anak-anak saya dengan dengan terpaksanya saya hantar untuk menyertai program khemah solat. Esok saya akan mengambil mereka pulang... adalah diharapkan mereka serta saya dan isteri mendapat kesedaran dan melakukan satu lonjakkan yang positif didalam proses re-modelled anak-anak kami.

Rumahku syurga ku untuk isteri dan anak-anak tersayang

Antara faktor utama yang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk pindahkan keluarga saya dari kota Kuala Lumpur ke daerah bernama Sitiawan ialah untuk cuba menjauhkan faktor-faktor yang negatif yang banyak berada di KL. Dengan saya yang berkerja di Lumut dan keluarga yang tinggal di KL, beban untuk mendidik anak-anak sangat berat dipikul oleh isteri saya. Saya tahu agak sukar dengan isteri saya juga bekerja dan dengan anak-anak dijaga oleh ibu mertua, agak sukar dikawal.... itu saya akui kelemahan serta kesilapan saya. Anak-anak agak bebas keluar serta terdedah dengan faktor negatif yang terlalu menakutkan.

Adalah diharapkan dengan doa serta usaha untuk membentuk semula (re-modelled) anak-anak ini dapat menemui satu jalan yang positif.

Insyallah

Anak-anak atau anai-anai

Salam, hari ini saya ingin memulakan penceritaan tentang masalah yang saya sedang hadapi didalam membina insan anak-anak saya yang saya amat sayangi. Anak-anak sekarang tidak sama macam anak-anak sezaman dengan kita, tak tahulah di mana silapnya, terlebih atau terkurang di dalam proses mendidik anak-anak saya ini.

Apa segala yang mereka mahu serta apa sahaja yang kita mampu telah kita curahkan kepada mereka tetapi respon yang diterima balik amatlah negatif atau terlalu banyak sangat pemberontakkan dalam diri mereka.

Kawan mereka boleh buat kenapa mereka tak boleh? Itulah jawapan yang dilontarkan apabila kita mengatakan tidak kepada kehendak mereka. Saya dan isteri saya tidak pernah putus asa di dalam membentuk semula sikap mereka kepada yang lebih positif. Apa yang saya harapkan ialah mereka dapat mengerjakan solat tanpa dipaksa atau paksaan..... agak sukar.

Kami telah menghantar kepada beberapa pakar serta khemah ibadah agar mereka dapat sedikit hidayat atau ilmu untuk mereka merasakan keinsafan, tetapi hanya dapat bertahan kurang 2 minggu selepas setiap program. Satu yang saya amati, faktor kawan sebaya adalah memainkan peranan di dalam pembentukan peribadi mereka..........

Saya dan isteri sedang berusaha untukcuba memahami apa yang kurang atau terlebih yang telah kami isikan kepada proses pembentukan anak-anak kami. Tak tahu apa yang menyebabkan pemberontakkan..........anak-anak kami